AUREL bersama kekasih hatinya yang juga bakal suami, Atta Halilintar.
AUREL bersama kekasih hatinya yang juga bakal suami, Atta Halilintar.
Agensi

Jakarta: Penyanyi yang juga YouTuber terkenal, Aurel Hermansyah kini membuka mulut mengenai pergolakan yang berlaku dalam hubungan cintanya dengan YouTuber, Atta Halilintar.

Dalam satu laporan media Indonesia, Aurel berkata, doa daripada netizen juga mungkin boleh membantu kelancaran segala perancangannya dan Atta untuk menuju alam rumah tangga.

"Berdoa dan doa daripada netizen  juga mungkin boleh menjadikan sesuatu itu yang kita mahukan berjalan dengan lancar," katanya.

Tambah anak sulung kepada Anang Hermansyah dan bekas isteri, Krisdayanti itu lagi, dia juga sentiasa berdoa di samping berusaha untuk memperbaiki hubungannya dengan Atta.

"Aku selalu berdoa yang terbaik. Yang penting, kita usaha. Kalau kita tidak dodoakan, kita tak ada usaha juga, kita takkan menjadi (hubungan).

"Jadi, sekarang berdoa dan fokus kepada kerja kerana kami berdua masih muda dan sama-sama bekerja," katanya.

Sebelum ini, timbul ura-ura mengatakan bahawa hubungan cinta antara kedua-dua YouTuber itu berdepan ujian besar selepas perkahwinan mereka yang sepatutnya berlangsung tahun ini, ditunda ke tahun depan.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 26 Disember 2020 @ 12:41 PM