VIN DIESEL (kanan) amat merindui dan terkenangkan mendiang sahabat baiknya Paul Walker.
VIN DIESEL (kanan) amat merindui dan terkenangkan mendiang sahabat baiknya Paul Walker.
Agensi

Los Angeles: Bintang Hollywood, Vin Diesel amat merindui dan terkenangkan mendiang sahabat baiknya Paul Walker yang meninggal dunia akibat kemalangan pada November 2013.

Diesel dan Walker menjadi rakan rapat selepas membintangi francais filem fenomena Fast & Furious sejak 2001.

"Tujuh tahun. Tiada satu hari pun berlalu (tanpa memikirkan Walker). Sangat menyayangimu, selalu," tulis Diesel dalam satu hantaran di Instagram.

Walker terbunuh selepas Porsche Carrera GT dipandu rakannya, Roger Rodas hilang kawalan sebelum merempuh pokok sebanyak tiga kali dan terbakar pada satu laluan di Santa Clarita, Los Angeles, Amerika Syarikat pada November 2013.

Walker ketika itu sedang berehat daripada menjalani penggambaran siri ketujuh francais Fast & Furious.

Filem terbabit terpaksa disambung dengan adiknya sebagai pengganti untuk beberapa babak.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 3 Disember 2020 @ 12:12 PM