AYU dan Adit akan berkahwin tahun depan. FOTO AGENSI
AYU dan Adit akan berkahwin tahun depan. FOTO AGENSI
Agensi

Jakarta: Penyanyi dangdut terkenal Indonesia, Ayu Ting Ting, 28, memberi bayangan bakal bernikah dengan kekasihnya yang juga duda, Adit Pradana Jayusman tahun depan.

Perkara itu dikongsi Ayu menerusi penampilannya di saluran YouTube Atta Halilintar.

Menerusi video itu, Atta membuat tekaan penyanyi lagu Sambalado itu akan berkahwin pada November ini.

"Tidak. Kak Ayu InsyaA-llah, tahun depan," kata Ayu ringkas.

Dalam video itu juga, Atta bertanya kepada bapa Ayu iaitu Abdul Rozak mengenai bakal menantunya itu.

"Kriteria lelaki yang paling sesuai dengan Ayu adalah lelaki yang baik," katanya.

Terdahulu, Ayu pernah berkahwin dengan Henry Baskoro Hendarso atau pada 4 Julai 2013. Namun, pasangan itu bercerai pada April 2014.

Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan anak perempuan, Bilqis Khumairah Razak yang kini berusia tujuh tahun.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 28 Oktober 2020 @ 11:20 AM