Scha dan Awal ketika menjalani ujian calitan. FOTO Instagram
Scha dan Awal ketika menjalani ujian calitan. FOTO Instagram
Syafil Syazwan Jefri

Kuala Lumpur: Pasangan suami isteri, Awal Ashaari dan Scha Alyahya disahkan negatif Covid-19 selepas menjalani ujian saringan (swab test), di pusat perubatan KPJ Damansara, semalam.

Dalam hantaran itu, Scha menyertakan video berdurasi lapan minit yang menunjukkan proses bagaimana ujian saringan itu dijalankan.

"Semalam, sempat buat ujian Covid-19 pandu lalu. Sebelum menjalankan ujian, perlu isi borang dan pilih slot waktu yang kita nak. Senang, mudah dan cepat.

"Kami jalani ujian sebab kami tinggal di zon merah dan perlu bekerja. Tadi, sekitar jam 11 pagi, dah dapat keputusan. Gementar menunggu keputusan, tapi Alhamdulillah, semuanya okay," tulisnya.

Menerusi video itu, Awal yang juga pengacara Melodi menegaskan mengenai pentingnya ujian saringan bagi mereka yang berkeluarga dan terpaksa bekerja di luar.

"Di rumah ada anak kecil dan isteri yang mengandung. Jadi, kalau kena kerja dan sebagainya, ambil langkah keselamatan begini," katanya.

Video yang dimuat naik itu mencecah 76,000 tontonan dalam masa dua jam.

  • Lagi berita berkaitan Covid-19


  • Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 24 Oktober 2020 @ 3:57 PM