DOLLA kini makin dikenali dengan lagu Make You Wanna.
DOLLA kini makin dikenali dengan lagu Make You Wanna.
Norhayati Nordin

Walaupun industri muzik tanah air dilihat berkembang positif, kebanyakan bakat baru yang muncul pastinya secara solo.

Justeru, kehadiran kumpulan wanita, Dolla dilihat mendapat perhatian berikutan konsep persembahan mereka umpama kumpulan K-pop pujaan ramai, BLACKPINK.

Dengan imej seksi, kumpulan dianggotai Sabrina atau Sabronzo, Tabby, Angel dan S

yasya turut didakwa cuba meniru kumpulan penyanyi wanita popular dari Korea Selatan itu.

Berbicara mengenai perkara itu, Sabronzo berkata, Dolla tidak meniru BLACKPINK tetapi mengakui kejayaan kumpulan itu menjadi inspirasi mereka yang kini popular dengan lagu Make You Wanna.

"Saya tahu, memang ada yang beranggapan Dolla cuba meniru gaya persembahan BLACKPINK. Bagaimanapun, persamaan itu secara kebetulan. Apa yang kami perjuangkan adalah identiti muzik Dolla yang menyanyi sambil menari secara kumpulan. Apatah lagi, di Malaysia tidak banyak kumpulan penyanyi wanita. Kalau dulu pun, paling popular adalah Feminin dan Elite. Pada saya, Dolla tetap mempunyai identiti tersendiri," katanya.

Mengulas mengenai kecaman netizen, Sabronzo berkata, Dolla sedia terima kecaman mahu pun kritikan. Mereka juga sedia maklum dengan pengaruh besar media sosial yang membuka banyak ruang untuk netizen memberi pendapat.

"Di platform media sosial, netizen memang biasa komen apa saja yang diinginkan mereka. Pada saya, komen yang positif kami terima untuk memperbaiki kekurangan. Namun, komen yang melampau biarkan saja. Dolla selesa dan tenang positif kerana bagi kami, setiap orang ada pandangan masing- masing. Cuma, jika komen ditulis itu sensitif dan bahasa pun kesat, kami memang tak layan," katanya.

Terdahulu, Dolla juga tidak melatah apabila penampilan mereka dalam video muzik Make You Wanna didakwa terlalu menunjukkan imej seksi.

"Dolla dikait dengan penampilan seksi itu memang kami mengetahuinya. Tapi macam saya jelaskan, biarlah kerana itu hak masing-masing. Kami okay saja dengan kritikan mahu pun kecaman.† Apapun, kami mahu berterima kasih dengan sokongan dan penerimaan baik yang diberikan pendengar pada lagu sulung Dolla, Make You Wanna," katanya.

Muzik video Make You Wanna yang diterbitkan Universal Music sudah mencatat lebih 1.9 juta tontonan di YouTube sejak dimuat naik tujuh bulan lalu.

Dalam perkembangan lain, Dolla bakal melancarkan lagu kedua berjudul Impikan. Ia mempunyai susunan melodi dan lirik lebih mantap itu dijangka akan dilancar tidak lama lagi

.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 22 Oktober 2020 @ 6:13 AM