ALVIN Chong. FOTO IG
ALVIN Chong. FOTO IG
Norhayati Nordin


Petaling Jaya: Penyanyi dan pelakon, Alvin Chong, 30, kesal apabila timbul pula dakwaan dia pernah menjalin hubungan dengan kaum sejenis berikutan komen seorang individu di media sosial, baru-baru ini.

Selepas tular dengan kisah percintaannya bersama gadis bawah umur yang hangat diperkatakan baru-baru ini, penyanyi lagu Sayang Salmah itu turut dikait dengan perhubungan songsang.

Mengulasnya, Alvin ditemui pada sidang media tergempar, baru-baru ini berkata disebabkan muncul dakwaan tidak berasas sebeginilah, dia selesa mengambil pendekatan tidak membalas sebarang komen warganet di media sosial.

"Apabila sudah timbul cerita buruk di media sosial seperti Twitter, ada sebabnya saya tak komen apa-apa.

Pada saya bila benda ni berlaku, kalau cakap apa pun tak guna sebab takkan ada orang yang percaya.

"Sejujurnya, sejak awal menceburi kerjaya seni, saya memang memastikan tidak akan terbabit dengan apa saja cerita sensasi atau kontroversi termasuk gosip.

"Malah, saya juga amat berahsia tentang kehidupan peribadi. Pada saya, cukup sekadar berkongsi urusan kerja sahaja di media sosial," katanya.

Selain itu, Alvin juga menolak dakwaan cerita sensasi berbaur kontroversi yang terpalit padanya kini adalah gimik murahan.

  

"Jika saya nak buat gimik, ia boleh saja dibuat sejak awal jadi artis dan kenapa perlu sekarang?. Tapi,  selama ini saya memang sentiasa berpegang pada prinsip tidak mahu terbabit dengan sebarang kontroversi.

"Dengan penjelasan ini, semoga apa yang sudah tular dapat dihentikan. Lagi pun, apa yang saya lakukan, semuanya atas dasar urusan kerja semata-mata," katanya.

Terdahulu, Alvin dipalit kontroversi di media sosial apabila dia didakwa menjalin cinta dengan remaja bawah umur yang juga bintang Tik Tok dikenali Athalia Deena Buswani, 17, yang juga anak penyanyi Sharifah Zarina.

Lebih hangat lagi, Alvin turut dilabel pedofil oleh segelintir warganet. Malah, tak kurang juga, ada netizen yang mengatakan pelakon drama Awak Suka Saya Tak itu boleh didakwa kerana bercinta dengan pelajar sekolah.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 5 Oktober 2020 @ 3:20 PM