Adele dan Skepta
Adele dan Skepta
Agensi

England: Penyanyi Adele, 32, menghadiahkan seutas rantai emas berharga RM78,000 kepada 'teman tapi mesranya' iaitu penyanyi, Skepta sempena ulang tahun kelahiran yang ke-38.

Penyanyi Hello itu dilaporkan sedang menjalin hubungan rapat dengan Skepta sejak beberapa bulan lalu namun belum mengesahkan mereka bercinta setakat ini.

Hal itu juga diakui teman terdekat yang menyifatkan hubungan mereka masih berada di tahap tidak serius namun sudah timbul bibit-bibit cinta.

"Adele dan Skepta baharu jadi rapat sejak beberapa bulan dan kerap keluar bersama. Adele kini berada di England dan dia menghadiahkan rantai emas itu padanya.

"Dia ada menunjukkan rantai emas itu kepada teman-temannya dan sangat teruja. Meskipun mereka belum bercinta secara rasmi, mereka memang sangat rapat," kata sumber terbabit.

Tahun lalu, Adele memutuskan untuk berpisah dengan suaminya Simon Konecki selepas lapan tahun bersama. Hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan seorang anak lelaki, Leo yang berusia tujuh tahun.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 4 Oktober 2020 @ 11:21 AM