AYU Ting Ting
AYU Ting Ting
Syafil Syazwan Jefri

Jakarta: 'Kehilangan' penyanyi dan pengacara, Ayu Ting Ting dari kaca TV Indonesia menimbulkan tanda tanya buat banyak pihak dan rata-rata, ada yang menganggap dia disahkan positif Covid-19 selepas menjalani ujian pada pertengahan bulan ini. 

Dipetik daripada program Selebriti yang ditayangkan di Trans TV, wartawan menuju ke kediaman yang dihuni keluarga penyanyi lagu Sambalado itu di daerah Depok. 

Namun, pembantu rumah Ayu memaklumkan bahawa majikannya kini masih bercuti di luar daerah. 

"Semuanya sedang bercuti. Lebih kurang seminggu," katanya menjawab pertanyaan wartawan. 

Ditanya lagi mengenai khabar angin yang mengatakan Ayu dijangkiti pandemik itu, pembantu rumahnya menafikan. 

"Tidak," katanya. 

Sebagai pengacara, Ayu mengacarakan beberapa program antaranya, Brownis yang ditayangkan di Trans TV dan terbabit dalam beberapa program lain di stesen berbeza. 

Namun, ramai yang berteka-teki selepas dia tidak tampil dalam beberapa program TV sejak kebelakangan ini. 

  • Lagi berita berkaitan Covid-19
  • Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 30 September 2020 @ 9:12 AM