Ridzuan Abdul Rahman


PENDAKWAH dan pelakon PU Riz Ismail melahirkan perasaan gembiranya apabila bakal menamatkan pengajian dalam bidang undang-undang peringkat Ijazah Sarjana Muda di sebuah universiti tempatan.

   Riz, 25, atau nama sebenarnya Muhammad Haris Mohd Ismail yang  kini menjalani latihan praktikal sebagai guru di sebuah sekolah di Wangsa Maju, berkata dia gembira sekiranya dapat berkhidmat sebagai kakitangan kerajaan.

   "Kalau boleh, apa salahnya saya jadi cikgu. Bagus sekiranya ilmu yang ada pada saya dapat dikongsikan dengan anak murid.

   "Orang yang baik adalah orang yang belajar Al-Quran dan mengajarkannya. Ada pelajar-pelajar saya yang minat dengan Islam dah sekarang.

   "Ada juga orang India yang nak masuk Islam dan saya rasa berbangga dengan perkara itu," katanya yang ditemui pada sesi tayangan perdana filem Ada Apa Dengan Dosa yang turut menampilkan pelakon Wanna Ali, Ashraf Muslim dan Fasha Sandha.

   Menurutnya, dia tidak menafikan menerima usikan beberapa pelajar wanita pada hari pertama mengajar dan baginya ia perkara biasa.

   "Adalah sikit-sikit tapi bukan itu yang saya cari. Soal kacak itu bukan membawa ke mana pun. 

   "Kalau nak kata, mungkin boleh buat pelajar fokus terhadap kelas saya, maka okaylah," katanya.  

   Ditanya lagi berkenaan hubungannya dengan pengacara popular, Neelofa, Riz berkata ia hanya atas dasar kerja semata-mata.

   "Saya dah jelaskan sebelum ini dan konsisten dengan jawapan itu. Saya minta maaf kalau ada yang nakkan jawapan yang saya tak boleh bagi.

   "Saya cuma cakap, saya dipanggil atas dasar kerja. Saya dah lama kenal Lofa dan program yang dibuat sebelum ini pun dapat perhatian media.

   "Jadi saya tak rasa ada apa-apa yang pelik dan lain. Tidak ada soal hati atau perasaan antara kami seperti yang digembar-gemburkan sebelum ini," katanya.

   Menurutnya, seringkali dia memberitahu kepada umum bahawa Neelofa hanyalah rakan kerja tanpa membabitkan perkara lain.

   "Saya hanya mahu sampaikan dakwah, tidak lebih daripada itu. Sama-samalah kita berdoa agar diberikan jodoh yang baik. 

   "Nak kahwin kena ada empat perkara dan yang paling penting ialah agama. Kita ambil agama dan sesungguhnya agama akan membantu kita. 

   "Saya dan Lofa hanya bekerja sahaja. Kemana-mana berdua pun atas faktor kerja. Kami dah lama buat kerja dakwah," katanya.

   Menurutnya lagi, perkara ini perlu dilihat sebagai satu usaha dakwah dan melakukan perkara yang baik.

   "Untuk tahun ini saja kami dah kumpul lebih satu juta ringgit. Syukurlah untuk satu pertubuhan yang baru, ia dikira amat pantas.

   "InsyaAllah kami akan menubuhkan yayasan pula selepas ini. Kalau warganet nak cakap apa, saya tiada kuasa untuk halang. Saya cuma nak berdakwah untuk akhirat saya.

   "Mengulas soalan Lofa ada ciri-ciri wanita idaman, apa yang boleh dikata, saya menghargai usaha seseorang untuk menutup aurat dan sebagainya. Bukan Neelofa sahaja tapi semua wanita diluar sana yang menutup aurat dengan baik amat saya hargai," katanya yang berhasrat mengumpul  saham akhirat

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 8 September 2020 @ 10:16 PM