ADELE memakai bikini bendera Jamaica selain rambutnya diikat mengikut teknik Bantu. FOTO IG Adele
ADELE memakai bikini bendera Jamaica selain rambutnya diikat mengikut teknik Bantu. FOTO IG Adele
Agensi

PENYANYI Adele, 32, dituduh tidak sensitif oleh warganet apabila memuat naik foto dirinya memakai bikini bendera Jamaica selain rambutnya diikat mengikut teknik Bantu.

Teknik ikatan Bantu sangat terkenal digunakan dalam kalangan wanita Afrika. Ia sudah menjadi sebahagian daripada budaya di negara itu selain mempunyai makna tersendiri.

Adele dikatakan sengaja mengambil kesempatan terhadap budaya orang kulit hitam atau 'cultural appropriation' gara-gara penampilannya itu.

Sekali gus, ramai tampil mengecam tindakannya itu yang disifatkan sangat tidak sensitif meski niatnya dilihat cuba memartabatkan budaya terbabit.

Penyanyi Hello itu memuat naik foto terbabit sebagai ekspresinya kecewa dengan pembatalan Karnival Notting Hill di London. 

Dalam pada itu, ramai juga mempertahankan Adele dan mengatakan penyanyi itu mungkin mahu tunjukkan perkembangan tubuhnya selepas beratnya turun mendadak.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 31 Ogos 2020 @ 11:08 AM