Ayu Ting Ting
Ayu Ting Ting
Agensi

PENYANYI dangdut Indonesia,  Ayu Ting Ting mengaku dia pernah menempuh pelbagai ujian dan dugaan sebelum menempa kejayaan dalam kerjaya seninya. 

   Menerusi laporan Liputan6.com,  Ayu berkongsi cerita berkaitan liku-liku kisah hidupnya kepada Youtuber, Keanu Agl.

   Ayu atau nama sebenar Ayu Rosmalina menceritakan saat-saat pahit ketika dia mula mencari tapak sebagai seorang penyanyi dangdut. 

   Bahkan,  katanya kenangan hitam terbabit benar-benar membuat hidupnya hancur.

   "Pada saat itu, saya hamil. Justeru, ia saat paling sedih dan kalau dalam sejarah hidup, hancur luluh hati ini," katanya pada Keanu ketika diwawancara untuk program Ke Rumah Kak Ayu Berasa Keluarga Sendiri. 

   Keanu yang mendengar jawapan Ayu, sangat bersimpati dengan apa yang sudah berlaku. Namun, dia juga kagum pada sikap Ayu yang tetap kental berdepan masalah dihadapinya. 

  Selaku pengacara program, Keanu turut memuji Ayu yang selama ini pandai menyembunyikan rahsia kesedihannya di depan kamera.

   Keanu juga bertanya, apakah anak tunggal Ayu iaitu Bilqis Khumairah Razak selalu bertanyakan mengenai ayahnya, Enji.

   Ayu menjawab bahawa anak kesayangannya itu tidak pernah meluahkan keinginan mempunyai seorang ayah.

   "Sampai sekarang pun, kalau  ditanya mahu ada ayah atau tidak (pada Bilqis), jawabnya pasti, 'tidak mahu dan tak perlu'," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 23 Ogos 2020 @ 1:47 PM