BRYAN Cranston mendedahkan dia dijangkiti virus Covid-19.
BRYAN Cranston mendedahkan dia dijangkiti virus Covid-19.
Agensi

AKTOR Bryan Cranston, 64, hari ini mendedahkan dia dijangkiti virus Covid-19 baru-baru ini dan merasa bertuah kerana sembuh daripada jangkitan itu, Bintang Breaking Bad itu, turut memutuskan untuk menderma plasma darah yang juga antibodi dalam badannya di hospital dengan niat mahu membantu sesiapa yang memerlukan.

"Saya ingin umumkan saya dijangkiti Covid-19 baru-baru ini. Saya sangat bertuah simptom dialami ringan sahaja.

"Justeru, saya terfikir sekurang-kurangnya dapat melakukan ini (derma plasma)," katanya menerusi sebuah video yang dikongsi di Instagram.

Meskipun penggunaan plasma darah daripada pesakit yang sembuh jangkitan Covid-19 bukannya cara terbaik merawat virus itu, ia mampu memberikan kelegaan mahupun mempercepat pesakit sembuh.

Video itu dikongsikannya kepada umum memandangkan kes Koronarvirus atau Covid-19 di California dan banyak lagi negeri di Amerika Syarikat semakin meningkat. 

Hingga kini, dilaporkan lebih 150,000 kematian dicatatkan di negara itu akibat penularan tidak terkawal pandemik terbabit.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 31 Julai 2020 @ 12:54 PM