Kemunculan Bella dan rakan artis BBB dalam saluran YouTube Alinskie Family
Kemunculan Bella dan rakan artis BBB dalam saluran YouTube Alinskie Family
Agensi

Kemunculan pelakon Surga Yang Tak Dirindukan, Laudya Cynthia Bella pada program BBB atau Bukan Bintang Biasa di saluran YouTube Alinskie Family pada Selasa lalu menarik perhatian warganet.

   Mereka 'pasang' mata melihat setiap sudut berkenaan Laudya atau mesra disapa Bella dan membuat rumusan pelakon cantik itu tidak seperti sebelumnya.

   Bella dilihat lebih banyak mendiamkan diri seolah-olah cuba menyembunyikan duka selepas mengesahkan perceraiannya dengan ahli perniagaan, Engku Emran pada 1 Julai lalu.

   Ini membuatkan tetamu lain iaitu Raffi Ahmad cuba menghiburkannya dan berupaya membuatkan Bella tersenyum.

   Program itu diadakan sempena ulang tahun ke-25 perkahwinan pasangan artis popular Melly Goeslaw dan Anto Hoed.   

   Warganet yang menyedari perubahan sikap pelakon berusia 33 tahun itu menulis kata-kata berupa simpati.

   "Bella (Laudya) jarang difokus. Dan dia sekarang banyak diam dan hanya ketawa apabila diusik oleh Raffi," tulis seorang warganet.

   "Sedih melihat Bella. Biasanya yang akan jadi bahan usikan ialah Raffi. Semoga Bella bertemu jodoh yang terbaik di mata Allah. Amin," tulis yang lainnya.

   Bella juga dilihat banyak mendiamkan diri berbanding tetamu lain sepanjang program itu berlangsung. 

   Sebelum memutuskan untuk berpisah, Bella sudah berjuang mempertahankan rumah tangganya bersama Engku Emran, namun gagal menemukan jalan penyelesaian kecuali mengambil keputusan bercerai. 

  Perceraiannya berlangsung dengan baik dan dia menyifatkan ini adalah ketentuan Allah SWT.

 

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 10 Julai 2020 @ 9:59 AM