YOO Ah-in
YOO Ah-in
Agensi

 

PELAKON Yoo Ah-in mengakui tidak bimbang jika filem terbaharu lakonannya, #ALIVE bersaing dengan filem Train to Busan 2: Peninsula. 

  Yoo Ah-in dalam satu temu bual bersama News1, yakin jika dua filem itu mampu menarik perhatian penonton meski sama-sama memaparkan serangan zombi dalam penceritaannya

"Saya menjangkakan #ALIVE akan memonopoli sekitar satu bulan selepas ditayangkan. Jadi saya tak begitu risau," katanya.

Keyakinan itu muncul kerana #ALIVE akan mula ditayangkan pada 24 Jun ini di seluruh pawagam di Korea Selatan.

Sementara itu, Train to Busan 2: Peninsula pula dijadual ditayangkan pada Julai. Filem itu juga terpilih untuk ditayangkan di Festival Filem Cannes 2020.

"Dalam situasi seperti ini, filem kami termasuk yang dilancarkan terlebih dulu. Saya harap #ALIVE dan Train to Busan 2: Peninsula sama-sama bertahan. Meski keduanya memiliki genre sama, saya rasa ia tetap ada perbezaa," katanya.

Filem #ALIVE dan Train to Busan 2: Peninsula menggambarkan kondisi sekelompok orang di tengah serangan zombi.

#ALIVE adalah filem 'survival thriller' yang mengisahkan wabak penyakit misteri yang membuat pengidapnya saling menyerang. Yoo Ah-in dan Park Shin-hye memegang watak sebagai orang yang terjebak dalam apartment ketika kekacauan itu terjadi.

Yoo Ah-in menilai #ALIVE berbeza dari filem atau siri zombi lan kerana filem yang diarahkan Cho Il-hyung ini akan lebih menonjolkan keinginan terbesar ramai orang untuk tetap hidup di tengah permasalahan daripada mencari cara untuk menghentikan serangan zombi.

Sementara itu, Train to Busan 2: Peninsula adalah salah satu filem yang paling dinantikan kerana menjadi sekuel dari filem seram terlaris sepanjang sejarah di Korea Selatan, Train to Busan.

Film yang masih diarahkan Yeon Sang-ho ini menceritakan kehidupan sekolompok manusia, salah satunya Kang Dong-won, yang terselamat dari serangan zombi di Korea Selatan empat tahun lalu.

Namun, mereka kini terpaksa kembali ke Korea Selatan atau yang berubah menjadi Peninsula itu untuk menjalankan misi dengan imbalan wang yang banyak.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 22 Jun 2020 @ 12:43 PM