KUCAIMARS
KUCAIMARS
Syafil Syazwan Jefri

syafil.syazwan@hmetro.

 

PENYANYI Kucaimars menafikan dakwaan individu di Twitter di mana dia mempermainkan wanita sehingga ke ranjang.

Kucaimars atau nama sebenarnya Amirul Husyairi Nani, 23, berkata, ia ada fitnah yang direka , namun reda dan menganggap gosip dan fitnah sebegitu adalah rencah dalam dunia artis.

Adalah adat dalam dunia artis apabila dikaitkan dengan gosip dan fitnah begitu. Saya jarang buka Twitter, tapi apabila buka, dikejutkan pula dengan cerita sebegitu.

“Apabila diselidik, itu rupa-rupanya adalah akaun palsu yang digunakan untuk memburuk-burukkan saya," katanya kepada Harian Metro.

Menurutnya, walaupun dikecam dengan fitnah, dia masih ada rakan-rakan dan keluarga yang lebih mengenali keperibadiannya.

"Saya memang suka menyakat orang dan nakal, tapi tidaklah sehingga ke tahap melakukan perkara-perkara tidak bermoral. Nak 'check-in' hotel pun saya takut, inikan pula nak buat benda-benda yang tak sepatutnya. Hanya kawan-kawan dan keluarga yang kenal saya seperti apa," katanya.

Kucaimars turut menasihatkan individu tidak bertanggungjawab ini supaya bermuhasabah diri memandangkan lusa sudah bermula Ramadan.

"Saya nasihatkan kepada mereka yang suka menjatuhkan orang lain lebih baik berubah ke arah kebaikan. Dalam tempoh PKP dan bulan baik ini, alangkah baik kita habiskan masa bersama keluarga dan lakukan perkara berfaedah," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 22 April 2020 @ 9:04 PM