ASHRAF Muslim
ASHRAF Muslim
Najiy Jefri


“KALAU tetap berdegil kami pesakit Covid-19 akan jaga ‘roadblock’, mahu ke? ,” luah pelakon Ashraf Muslim kepada rakyat Malaysia supaya tidak mengingkari Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Ashraf yang positif wabak pandemik itu dan kini menerima rawatan di Hospital Sungai Buloh berkata, ia hanyalah sekadar gurauan dan berharap orang ramai menghormati PKP serta mendengar nasihat kerajaan.

“Jangan marah ye, ini hanya gurauan. Kepada rakyat Malaysia, hormatilah perintah kerajaan. Sekejap je ni...

“Memang banyak masalah yang kita hadapi, tapi inilah dugaan Allah dan pasti ada hikmahnya. InsyaAllah, nanti kita akan dapat hidup macam biasa seperti sebelum ini. Sabar sikit lagi,” tulisnya di Instagram.

PESANAN ringkas. FOTO ihsan Intagram Ashraf
PESANAN ringkas. FOTO ihsan Intagram Ashraf

Ashraf juga berpesan supaya orang ramai kekal duduk di rumah dan keluar apabila perlu sahaja.

“Wahai rakyat Malaysia, tolong jangan terlalu dedahkan diri di luar. Duduklah di rumah dan keluar hanya bila perlu untuk beli barang sahaja,” katanya.

Terdahulu, Ashraf merupakan selebriti ketiga disahkan positif COVID-19 selepas Puteri Aishah dan PU Riz.

Ashraf sah dijangkiti Covid-19 selepas balik dari menjalani penggambaran drama berjudul Demi di Scotland bersama Ben Amir, Puteri Aishah dan Hasnul Rahmat pada 31 Mac lalu.

  • Lagi berita berkaitan Covid-19

  • Lagi berita berkaitan perintah kawalan pergerakan
  • Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 20 April 2020 @ 4:21 PM