PENGACARA dan Pelakon, Nabil Mahir. FOTO Rosela Ismail
PENGACARA dan Pelakon, Nabil Mahir. FOTO Rosela Ismail
Najiy Jefri

 

 

PENGACARA Nabil Mahir bersyukur apabila ujian saringan Covid-19 yang dijalani mendapati dirinya negatif wabak itu.

 

 

Nabil yang juga kekasih kepada Ayda Jebat berkata, dia membuat ujian terbabit kerana mengalami sakit tekak, batuk, selesema serta pernah sesak nafas sejak enam hari lalu.

  

Menurutnya, dia bimbang jika menjadi punca Covid-19 merebak menjangkiti ahli keluarganya sekiranya dia positif penyakit itu. 

 

FOTO Ihsan Instagram Nabil Mahir
FOTO Ihsan Instagram Nabil Mahir

 

“Alhamdulillah sudah dapat keputusan dan ia negatif. Rasa lega sebab takut sangat saya menjadi punca ia merebak kepada keluarga. Terima kasih semua atas doa dan sokongan kalian," katanya.

 

 

Menurut Nabil, walaupun boleh menarik nafas lega, dia bagaimanapun masih merasakan dadanya ketat.

 

 

"Walau apa pun, saya hairan kenapa masih rasa ketat di dada. Apapun, saya minta semua patuh dengan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan semoga  cepatlah kita boleh selesaikan masalah yang kita alami,” katanya.

  • Lagi berita berkaitan Covid-19

     

  • Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 8 April 2020 @ 5:53 PM