Suraya Borhan amat melahirkan bayi perempuan, jam 3.46 petang semalam.
Suraya Borhan amat melahirkan bayi perempuan, jam 3.46 petang semalam.
Najiy Jefri


HAMPIR tujuh tahun menantikan kehadiran cahaya mata akhirnya penyampai radio Suria FM, Suraya Borhan selamat melahirkan bayi perempuan, jam 3.46 petang semalam secara pembembedahan di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM).

Suraya berkata, dia seakan tidak percaya apabila diberi kesempatan untuk memiliki zuriat dan menatap wajah anaknya.

"Alhamdulillah, selama ini saya hanya mampu melihat orang lain menyambut kehadiran bayi mereka, tapi kali ini giliran saya pula.

"Bayi seberat 3.23 kilogram ini dilahirkan secara pembedahan bagi mengelakkan sebarang risiko memandangkan saya dan suami menunggu detik ini hampir tujuh tahun.

"Tambahan pula, bayi lahir dua minggu lebih awal dari tarikh jangkaan doktor. Bayi berada dalam keadaan sihat dan baik-baik saja," katanya kepada Harian Metro.

Menurut Suraya, susulan penularan wabak Covid-19, suaminya, Mohd Johanif tidak berpeluang menemaninya sepanjang proses bersalin namun bersyukur dapat melihat wajah anak selepas kelahiran.

"PPUM sangat tegas apabila tidak membenarkan suami menemani di bilik pembedahan sebagai langkah berjaga-jaga akibat wabak Covid-19. Malah tiada pelawat dibenarkan untuk menemani di wad.

"Namun, syukur selepas bayi selamat dilahirkan jururawat menghubungi suami yang menunggu di lobi untuk bertemu dengan anak sekejap.

"Insha-Allah, esok saya dibenarkan untuk pulang ke rumah. Harapnya keadaan kesihatan saya dan anak berada dalam keadaan baik," katanya.

Suraya dan Mohd Johanif Mohamed Nadzirin mendirikan rumah tangga pada April 2013.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 28 Mac 2020 @ 5:25 PM