DAYANG Nurfaizah selepas Majlis Pelancaran dan Sidang Media Kolaborasi JOOX di The Starling Mall. FOTO Asyraf Hamzah
DAYANG Nurfaizah selepas Majlis Pelancaran dan Sidang Media Kolaborasi JOOX di The Starling Mall. FOTO Asyraf Hamzah
Syafil Syazwan Jefri


PENYANYI, Dayang Nurfaizah mengakui kesibukan kerja kadangkala membuatkannya terlupa untuk berfikir mengenai jodoh.

Menurut penyanyi lagu Dayang Sayang Kamu itu, dia sentiasa yakin dengan ketentuan Tuhan mengenai jodoh dan pertemuan.

"Kadang-kadang, saya terlalu sibuk dengan kerja sehingga terlupa untuk berfikir mengenai jodoh. Bila ditanya, baru saya teringat mengenainya. Saya percaya jodoh itu ada," katanya kepada Harian Metro.

Menurut Dayang, setiap kali melihat pasangan bercinta, dia juga ingin menikmati perasaan yang sama.

"Tipulah kalau saya cakap, saya tak nak. Bila tengok orang lain bercinta, saya pun nak rasa pengalaman sama. Tapi, buat masa ini mungkin jodoh saya belum sampai.

"Saya bahagia dan sehingga kini masih solo. Saya harap, peminat dapat mendoakan yang terbaik untuk saya," katanya.

Dayang sebelum ini pernah dikaitkan dengan beberapa artis lelaki antaranya Anuar Zain dan Hael Husaini.

Dalam perkembangan lain, Dayang baru sahaja melancarkan single, Gerak Dulu yang boleh didapati secara eksklusif di platform penstriman digital, Joox Originals.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 12 Mac 2020 @ 2:13 PM