MAMAT mengalami sesak nafas ketika berada di rumah dan terus dibawa ke hospital. FOTO Halimaton Saadiah Sulaiman
MAMAT mengalami sesak nafas ketika berada di rumah dan terus dibawa ke hospital. FOTO Halimaton Saadiah Sulaiman
Syanty Octavia Amry


PENGARAH terkenal, Mamat Khalid dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) di Hospital Pakar KPJ, Ipoh, Perak, petang semalam, selepas mengalami sesak nafas.

Isteri Mamat, Hasmah Hassan atau mesra dipanggil kak Intan berkata, ketika kejadian Mamat berada di rumah dan tiba-tiba mengalami sesak nafas.

“Selepas abang mengalami sesak nafas saya terus bawa ke hospital dan pagi tadi keadaannya masih okey tetapi petang ini doktor kata kesihatannya agak merosot.

“Saya mohon doa semua kerana kami kini sedang sibuk dalam pra produksi menyiapkan filem Enam,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Hasmah berkata, dia berharap keadaan Mamat tidak ditularkan tetapi memohon doa semua supaya suaminya cepat sembuh.

“Saya kini berada di hospital menunggu keputusan daripada doktor. Mungkin juga keadaannya kembali sakit kerana terlalu sibuk dengan kerja.

“Memang saya sudah nasihatkan banyak kali supaya dia berehat saja dulu tetapi katanya tidak boleh,” katanya.

Terdahulu, Januari lalu Mamat dimasukkan ke sebuah hospital di Petaling Jaya akibat masalah jantung.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 13 Oktober 2019 @ 6:49 PM