SHUKRI Yahya anggap belum rezeki nak timang anak lagi. FOTO AIZUDDIN SAAD
SHUKRI Yahya anggap belum rezeki nak timang anak lagi. FOTO AIZUDDIN SAAD
Najiy Jefri


“SIAPA tak kecewa apabila isteri mengalami keguguran tapi saya reda dan anggap tiada rezeki,” kata pelakon Shukri Yahya apabila isteri tercinta, Tya Adnan mengalami keguguran April lalu.

Shukri berkata, dia menganggap belum tiba masanya mereka dikurniakan cahaya mata kedua dan apa yang berlaku adalah ketentuan Ilahi.

“Saya sangat teruja ketika isteri memaklumkan hamil anak kedua Mac lalu dan mengharapkan kandungan ini dapat menimang cahaya mata lelaki pula.

“Bagaimanapun kandungan isteri tidak bertahan lama apabila disahkan gugur ketika dia mengadu sakit.

“Saya dan isteri okey saja serta menganggap belum rezeki nak timang anak lagi,” katanya.

Menurutnya, dia dan isteri tidak akan berputus asa untuk menimang zuriat pada masa akan datang.

“Kami memang dah bersedia nak timang anak lagi kerana usia Aaira sudah berusia tiga tahun.

“Doakan impian saya untuk menimang anak lelaki dimakbulkan Tuhan,” katanya.

Shukri dan Tya berkahwin pada November 2015 serta dikurniakan cahaya mata perempuan, Aaira Ameena, 3.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 24 Julai 2019 @ 10:04 PM