ZAITON kini menjalankan perniagaan rendang. FOTO: Ridzuan Abdul Rahman
ZAITON kini menjalankan perniagaan rendang. FOTO: Ridzuan Abdul Rahman
Ridzuan Abdul Rahman


PENYANYI popular era 1980-an, Zaiton Sameon, 62, semakin yakin untuk bergaya selepas mendapat sentuhan pereka fesyen, Fizzol yang menghasilkan rekaan pakaian menarik untuknya.

Kebelakangan ini, netizen sering memuji penampilan penyanyi yang popular menerusi lagu Menaruh Harapan ini yang dikatakan semakin cantik.

Malah, perubahan dirinya sebelum ini berjaya menarik perhatian seorang lelaki berpangkat Datuk yang berminat mengenalinya secara lebih dekat tetapi Zaiton menolak kerana lebih selesa dengan keadaannya sekarang.

“Saya bersyukur apabila Fizzol berjaya mewujudkan perasaan yakin saya untuk bertemu masyarakat. Pertemuan kami bermula apabila saya terbabit dalam persembahan Nostalgia Bersama Zaiton Sameon tahun lalu.

“Sejak itulah dia berbesar hati untuk menaja pakaian saya untuk mana-mana acara besar,” katanya. Sementara itu, Zaiton turut mengakui perlu menjaga penampilannya terutama untuk bertemu masyarakat ketika menjalankan perniagaan rendang.

ZAITON kini lebih yakin selepas mendapat sentuhan pereka fesyen, Fizzol.
ZAITON kini lebih yakin selepas mendapat sentuhan pereka fesyen, Fizzol.

“Saya bersyukur kerana perniagaan yang sudah berjalan selama enam bulan ini menerima sambutan baik daripada peminat. Saya ambil langkah berpakaian menarik untuk memikat hati pembeli. Takkanlah saya nak berpakaian selekeh pula kerana kita perlu hadir dengan pakej sempurna,” katanya yang kini tinggal bersama adik angkatnya, Ika.

Zaiton pernah berkahwin sebanyak dua kali tetapi berakhir dengan perceraian.

Anak tunggalnya Azirwan Abu Bakar meninggal dunia dalam kemalangan jalan raya yang turut membabitkan Zaiton pada 1990.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 11 Mei 2019 @ 4:34 PM