SYAMSUL bersama anak keduanya yang dilahirkan jam 3.30 petang semalam. -Foto Instagram Syamsul Yusof
SYAMSUL bersama anak keduanya yang dilahirkan jam 3.30 petang semalam. -Foto Instagram Syamsul Yusof
Syafil Syazwan Jefri


ISTERI pengarah popular Syamsul Yusof iaitu Puteri Sarah Liyana melahirkan bayi perempuan yang juga anak kedua mereka petang semalam.

Puteri Sarah melahirkan bayi seberat tiga kilogram itu pada jam 3.30 petang semalam.

Syamsul ketika dihubungi berkata, dia bersyukur atas kelahiran kali ini.

“Alhamdulillah, syukur. Terima kasih atas ucapan tahniah,” katanya.

Dalam pada itu, di Instagram Syamsul juga berkongsi nama bayi perempuan itu iaitu Sumayyah binti Mohd Syamsul.

Syamsul yang memuat naik dua foto bersama puterinya itu turut menitipkan ucapan terima kasih kepada mereka yang mendoakan.

“Alhamdulillah. Terima kasih kepada yang mendoakan,” tulisnya.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 17 Mac 2019 @ 1:17 AM