Ayu bersama suaminya. FOTO IG Ayu Puteh
Ayu bersama suaminya. FOTO IG Ayu Puteh
Amirul Haswendy Ashari


"DIA akui kesalahannya dan masih sayangkan keluarga dan isterinya," kata produser popular, Datuk Normashayu Puteh, 42, atau Ayu Puteh, susulan tindakan suaminya, penyanyi Aiman Ismail yang mendakwa dia curang.

Ayu mendedahkan Aiman membuat kejutan dengan membawanya ke Pulau Pangkor pada ulangtahun perkahwinan mereka.

"Malah, dia buat kejutan tema romantik 'main pondok-pondok' ketika menikmati makan malam bersama.

"Tiada pergaduhan berlaku antara kami namun dia tidak mahu bercerita lebih lanjut isu yang melanda antara mereka.

"Pun begitu, dia mengaku segala kekurangannya kerana takut tidak mampu menanggungnya," katanya.

Beliau akui sebagai isteri hanya 'follow the flow' namun Aiman beranggapan sikap isterinya sudah berubah selain anak-anak juga mula menjauh hati.

Tanpa berselindung, Ayu mendedahkan suaminya ada menyuarakan hasrat untuk tinggal di luar dan mengajak menyewa rumah berasingan.

"Saya kata, kalau nak saya tinggal di luar atau menyewa tempat lain selain rumah sekarang, lebih baik teruskan ke keputusan selanjutnya yakni berpisah.

"Tiada perjanjian saya akan mengikut suami ke mana-mana sebelum kawin dan lagi pun saya sudah selesa dengan kediaman saya sendiri.

"Kahwin bukan dengan saya saja tapi anak-anak saya mesti turut serta," katanya.

Katanya, kalau suaminya mudah nak tinggalkan rumah dan dirinya sebelum ini, tidak mustahil perkara sama akan berlaku pada masa depan.

Produser itu mengakui dia hanya mahu berfikiran positif dengan situasi melanda rumah tangganya.

"Sederhana itu indah, paling penting keikhlasan, itu sudah cukup berharga kerana semua ada kekurangan dan tiada siapa pun inginkan perkahwinan hanya separuh jalan.

"Jodoh memang kuasa Allah tapi apa-apa pun kena fikir semula niat kita untuk berkahwin kerana itu saja penyelamat hubungan suami isteri pada masa depan," kata Ayu.

Pada 13 November tahun lalu, Harian Metro melaporkan rumah tangga pasangan selebriti yang dibina sejak Januari 2017 bergolak apabila Aiman mendakwa wujud pihak ketiga dalam hubungan mereka melalui perkongsian di laman sosial Instagram miliknya.

Susulan itu, Aiman juga dilaporkan keluar daripada rumah sejak tarikh itu namun akhirnya kembali ke pangkuan keluarga penghujung minggu lalu.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 15 January 2019 @ 6:08 PM