Sheeran (kiri) menyerlah manakala Lamar menang enam kategori. FOTO AFP/Reuters
Sheeran (kiri) menyerlah manakala Lamar menang enam kategori. FOTO AFP/Reuters
Georgie Joseph


PENYANYI Britain, Ed Sheeran dinobatkan Artis Paling Top dan menang besar pada anugerah berprestij Billboard Music Awards (BBMAs) 2018 yang berlangsung di MGM Grand, Las Vegas, Amerika Syarikat (AS), hari ini.

Ed, 27, menewaskan calon lain kategori utama itu termasuklah Bruno Mars, Drake, Kendrick Lamar, dan Taylor Swift selain memenangi kategori Artis Lelaki Top, Artis Lagu Radio Top, Artis Hot 100 Top, Lagu Radio Top serta Artis Penjualan Lagu Top.

Turut unggul adalah penyanyi rap Kendrick Lamar yang memenangi enam kategori temasuklah Album Rap Top, Album Billboard 200 Top, Artis Penstriman Lagu Top, Artis Rap Top, Penstriman Lagu Top (Audio) dan Artis Rap Lelaki Top.

Tidak ketinggalan, Bruno Mars yang menyerlah apabila memenangi lima trofi termasuklah Lagu R&B Top, Album R&B Top, Artis R&B Lelaki Top, Artis R&B Top dan Jelajah R&B Top.

BBMAs tahun ini dihoskan penyanyi Kelly Clarkson.

Antara yang membuat persembahan adalah Pharrell Williams, Camilla Cabello, Dua Lipa, Shawn Mendes, Khalid, John Legend, Christina Aguilera, dan Demi Lovato.

Bagi Anugerah Ikon, penyanyi Janet Jackson menerima trofi berkenaan atas pencapaian serta sumbangannya dalam industri muzik dunia.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 21 Mei 2018 @ 2:11 PM