Sudirman Mohd Tahir


PELAKON Emma Maembong menyifatkan kejutan hari jadi daripada ‘teman tapi mesranya’ yang juga pelakon Kamal Adli di puncak Bukit Besi Alam Damai, Cheras, 29 Mac lalu sesuatu yang paling manis.

Emma, 26, berkata, dia memuji kegigihan Kamal bersama perancang majlis yang membuat deko di atas bukit itu dengan berlatar belakangkan ibu kota.

“Terima kasih kepada Kamal kerana buat kejutan. Ini paling ‘sweet’ pernah orang buat pada saya. Terima kasih awak.

“Ia bukan restoran atas bukit, tapi puncak bukit yang dihias begitu indah. Gigih mereka mendaki bawa naik kerusi, meja dan makanan.

“Malah lengkap dengan deko lampu lagi. Macam mana mereka boleh bawa naik generator. Apa pun, memang sangat cantik. Tidak tahu nak kata cantik macam mana,” katanya.

EMMA (kiri) dia memuji kegigihan Kamal (kanan) bersama perancang majlis yang membuat hiasan di atas bukit itu dengan berlatar belakangkan ibu kota. FOTO Instagram Emma Maembong/Kamal Adli
EMMA (kiri) dia memuji kegigihan Kamal (kanan) bersama perancang majlis yang membuat hiasan di atas bukit itu dengan berlatar belakangkan ibu kota. FOTO Instagram Emma Maembong/Kamal Adli

Sementara itu, Kamal menerusi perkongsian di laman Instagram miliknya berterima kasih kepada pihak perancang majlis kerana berjaya mewujudkan taman rahsia itu.

“Selamat hari jadi Emma, semoga panjang umur dan murah rezeki. Semoga Allah merahmati mu selalu,” katanya.

Selain memuat naik gambar ‘sweet’ itu, Emma juga berkongsi video pendakian untuk sampai ke puncak.

Selain Kamal, kejutan hari jadi ke-26 Emma turut disertai peminat Emma daripada kelab peminat Ema Vengers.

Selepas sehari dimuat naik, video itu mendapat tontonan lebih 300,000, 64,000 likes dan lebih seribu komen. sweet

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 2 April 2018 @ 11:06 AM