NUR Sajat (dua kanan) bersama Datuk Seri Aliff Syukri (dua kiri), Pengarah tonton, Pelesenan dan Pembarangan, Airin Zainul (kiri)  dan Pengurus Besar tonton, Ben Jern Loh  bergambar kenangan pada pelancaran Nur Sajat Rated Xtra Showcase. FOTO Nur Adibah Ahmad Izam

NUR Sajat pada pelancaran Nur Sajat Rated Xtra Showcase. FOTO Nur Adibah Ahmad Izam
NUR Sajat pada pelancaran Nur Sajat Rated Xtra Showcase. FOTO Nur Adibah Ahmad Izam
Michelle Gun dan Najiy Jefri

PENYANYI dan usahawan terkenal Nur Sajat meminta netizen yang mengecamnya supaya melanggan portal tonton untuk menyaksikan program realitinya.

Siri vlog berjudul Nur Sajat Rated Xtra di portal nombor satu negara itu dilancar hari ini dengan dua episod pertama secara percuma.

Menurut Nur Sajat, 33, vlog sebanyak 30 episod itu akan fokus terhadap pembabitannya dalam bidang perniagaan.

"Sebanyak 70 peratus mengetengahkan saya berkongsi pengalaman berniaga serta memberi tips menjadi usahawan berjaya. Selebihnya akan mengetengahkan kehidupan peribadi, keluarga dan rakan-rakan.

"Mana-mana perniagaan sekarang perlu bayar untuk servis. Jadi, peminat dan 'haters' yang sering mengecam saya, mahu atau tidak memang perlu langgan tonton untuk melihat episod selebihnya," katanya pada sidang media di Bukit Jalil, hari ini.

Usahawan bertukar selebriti itu sentiasa dihimpit kontroversi dan kecaman oleh segelintir netizen yang kurang berpuas hati melihat gelagatnya di media sosial.

Dalam pada itu, penyanyi lagu Makhluk Penggoda itu turut menegaskan semua aktiviti dipaparkan dalam vlog itu adalah benar dan bukan berlakon.

"Penonton berpeluang melihat kehidupan saya dengan lebih eksklusif. Saya marah dan tersalah cakap turut dipaparkan tanpa saringan," katanya.

NUR Sajat (dua kanan) bersama Datuk Seri Aliff Syukri (dua kiri), Pengarah tonton, Pelesenan dan Pembarangan, Airin Zainul (kiri)  dan Pengurus Besar tonton, Ben Jern Loh  bergambar kenangan pada pelancaran Nur Sajat Rated Xtra Showcase. FOTO Nur Adibah Ahmad Izam
NUR Sajat (dua kanan) bersama Datuk Seri Aliff Syukri (dua kiri), Pengarah tonton, Pelesenan dan Pembarangan, Airin Zainul (kiri) dan Pengurus Besar tonton, Ben Jern Loh bergambar kenangan pada pelancaran Nur Sajat Rated Xtra Showcase. FOTO Nur Adibah Ahmad Izam

Nur Sajat Rated Xtra sudah bersiaran sejak 28 Februari lalu dan episod baru boleh disaksikan pada setiap Rabu dan Khamis di portal tonton.

Istimewanya, tonton menawarkan diskaun langganan tahunan sebanyak 50 peratus bagi ahli baru VIP dengan menggunakan kod promosi di laman web www.tonton.com.my.

Promosi itu akan bermula pada 1 hingga 15 April ini.

Selain itu, penonton boleh menyertai peraduan khas di www.xtra.com.my untuk memenangi jemputan istimewa ke Majlis Berbuka Puasa bersama Nur Sajat dengan hanya menjawab soalan berkenaan usahawan itu berdasarkan siri vlog.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 15 Mac 2018 @ 9:02 PM