Sakinah tidak bermaksud jadikan perkara itu bahan jenaka. FOTO fail HM/NAZRAN JAMEL
Sakinah tidak bermaksud jadikan perkara itu bahan jenaka. FOTO fail HM/NAZRAN JAMEL
Sudirman Mohd Tahir


PELAKON, Sharifah Sakinah meminta maaf kepada Janna Nick kerena mengheret nama pelakon itu dalam isu membabitkan kematian penyanyi kumpulan SHINee, Jonghyun.

Sakinah menerusi IG Story miliknya menjelaskan Janna tidak terbabit dalam perkara itu sehingga menimbulkan kemarahan segelintir peminat tegar bintang sensasi Korea itu.

"Terdahulu saya nak minta maaf kepada Janna kerana tidak semena-semena namanya terjebak dalam isu ini. Dia tiada kena mengena langsung.

"Saya juga nak minta maaf kepada semua peminat K-Pop yang tersinggung mengenai video di IG Story saya baru-baru ini mengenai idola mereka," katanya.

Menerusi kenyataan sama, Sakinah juga akui tidak berniat untuk mempersendakan kematian penyanyi itu.

"Sejujurnya, saya tidak bermaksud untuk menjadikan perkara ini sebagai bahan jenaka. Sebaliknya, kami ketawa disebabkan warna perang rambut Janna ketika itu.

"Saya sekali minta maaf kepada semua yang tersinggung berkenaan video terbabit. Secara peribadi saya tidak akan sesekali menjadikan soal kematian sebagai bahan lawak terutama membabitkan mati disebabkan tekanan.

"Saya harap, isu ini tidak diperbesarkan lagi. Saya minta maaf," katanya.

Terdahulu, video IG Story yang dimuat naik Sakinah itu mengundang amarah dan pelbagai reaksi peminat K-Pop sebelum disiarkan menerusi portal hiburan Koreaboo, hari ini.

Video yang dimuat naik itu menunjukkan mereka sedang bergurau di sebuah salon sambil menyebut nama artis Korea itu.

Sehubungan itu, Janna sudah memohon maaf kepada mana-mana pihak yang tersinggung ekoran tindakannya bersama Sakinah yang didakwa mempersendakan.

Jonghyun dilaporkan meninggal dunia pada 18 Disember lalu selepas ditemui tidak sedarkan diri di kediamannya.

Berita berkaitan:

Sekali lagi, saya minta maaf

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 10 January 2018 @ 8:06 PM