ERMA  Fatimah. FOTO Halimaton Saadiah Sulaiman
ERMA Fatimah. FOTO Halimaton Saadiah Sulaiman
Ramlah Zainal


PELAKON dan pengarah Erma Fatima berjaya memujuk usahawan kelahiran Malaysia yang menetap di Las Vegas iaitu Joyah Vegas untuk berlakon dalam telefilem terbaru Mak Cun yang akan memulakan penggambarannya pada Disember depan.

Menurut Erma atau nama sebenarnya Erma Fatimah Rahmad, 49, telefilem berjudul Mak Cun VS Joyah Vegas itu dijangka menjalani penggambaran di Las Vegas dan Los, Amerika Syarikat.

"Saya bertemu Joyah di Las Vegas selepas selesai menjayakan pertunjukan Couture Fashion Week New York pada awal September lalu.

"Memang saya merancang untuk bertemu dengan Joyah di Las Vegas untuk berbincang mengenai projek drama bersiri mengenai kisah hidupnya yang saya akan diterbitkan nanti tetapi wataknya akan dilakonkan orang lain.

"Joyah atau nama sebenarnya Pon Jumat, usahawandari Malaysia dan memiliki 10 rumah inap di Las Vegas.

"Saya tertarik dengan personaliti Joyah yang ceria dan sempoi hingga timbul idea menghasilkan projek telefilem ini untuk tayangan pada Raya nanti," katanya yang ditemui pada sesi perkongsian Mak Cun ke Couture Fashion Show New York di Bandar Utama, Petaling Jaya, semalam.

Sementara itu, pada 8 September lalu Erma bersama Datin Umie Aida serta pereka fesyen Ashraff Zainal dan empat krumembawa 12 busana rekaannya ke pertunjukan fesyen di New York.

Pembabitan Erma ke acara itu adalah menerusiprogram Malaysia Fashion & Business Mission to New York denganbantuan Peniagawati.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 29 September 2017 @ 1:02 PM