AHMAD Zulkifli dan Ketua Pegawai Eksekutif Mamz, Mahirah Mohamad Fazil bersama produk keluaran mereka.
AHMAD Zulkifli dan Ketua Pegawai Eksekutif Mamz, Mahirah Mohamad Fazil bersama produk keluaran mereka.
Oleh Murnaena Muhammad Nasir


PENGELUAR produk penjagaan kesihatan bayi dan kecantikan berasaskan habbatus sauda, Mamz Legacy Sdn Bhd bersedia membimbing lebih ramai wanita menjana pendapatan dari rumah.

Pengurus dan Pengasas Bersamanya, Ahmad Zulkifli Saad berkata, tahun ini, pihaknya membuka pengambilan ejen pesan hantar (dropship) secara besar-besaran dengan konsep usahawan tanpa modal.

"Di bawah konsep ini, suri rumah mahupun wanita yang hilang pekerjaan tidak perlu keluar rumah dan hanya memerlukan telefon serta medium dalam talian saja bagi mencari jualan.

"Dengan mengamalkan konsep berkongsi rezeki, ejen dan stokis bukan saja mampu menambah pendapatan hasil jualan malah diberi ilmu perniagaan serta teknik jualan dalam talian secara percuma," katanya.

Menurutnya, menyedari impak pandemik Covid-19 kepada pendapatan isi rumah, pihaknya nekad membantu lebih ramai wanita terutama suri rumah serta mereka yang hilang pekerjaan.

"Bermula dari 2017 sehingga kini, kami berjaya membantu lebih 3,000 individu menjana pendapatan di bawah kumpulan kami dan 90 peratus daripadanya adalah golongan wanita.

"Sedikit saya kongsikan kisah seorang ejen aktif kami yang dahulunya dikenakan skim pemisahan sukarela (VSS) daripada syarikat lamanya namun bangkit semula sehingga mampu menjana pendapatan lima angka menerusi hasil jualannya," katanya.

Selain itu, Ahmad Zulkifli berkata, sambutan bagi produk khusus sapuan luaran bayi, Mamz Oil amat menggalakkan sehingga terjual lebih 55,000 unit dalam tempoh tiga tahun pengeluarannya sehingga kini.

"Mamz Oil antara produk utama kami yang berkesan merawat selesema, kahak bayi serta masalah asma dan resdung.

"Menjelang akhir tahun ini, pelbagai kempen dan promosi bakal dilancarkan supaya lebih ramai ibu di luar sana mendapat manfaat daripada produk ini dalam menjaga sistem imunisasi bayi mereka secara selamat dan semula jadi." katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 4 November 2020 @ 6:58 AM