ANTARA barisan hadapan KPJ TWKL yang sudah menerima vaksin.
ANTARA barisan hadapan KPJ TWKL yang sudah menerima vaksin.
Fairul Asmaini Mohd Pilus

HOSPITAL Pakar KPJ Tawakkal KL (KPJ TWKL) meningkatkan jumlah pemberian vaksin Covid-19 harian kepada petugas kesihatan swasta bagi merealisasikan sasaran Program Imunisasi Negara (NIP).

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Noreen Abdul Rashid berkata, peningkatan jumlah pemberian vaksin Covid-19 daripada 100 kepada 300 orang itu dilakukan untuk mencapai 80 peratus kadar vaksinasi rakyat dengan secepat mungkin.

"KPJ TWKL menyasarkan dapat membantu kerajaan untuk menyuntik seramai 2,267 petugas barisan hadapan hospital swasta di Kuala Lumpur supaya mereka dapat menerima suntikan dos pertama dalam tempoh kurang dua bulan.

"Kami dipilih oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) untuk menjadi Pusat Vaksinasi Covid-19 Fasa 1 bagi petugas barisan hadapan hospital swasta bermula 1 Mac lalu," katanya.

Bagi memastikan proses pemberian vaksin berjalan dengan lebih lancar mengikut tahap dan kualiti penjagaan yang ditetapkan KKM, pusat perubatan itu turut menambah kakitangan sedia ada selain melakukan beberapa penambahbaikan sistem.

KETIBAAN vaksin dari Klinik Kesihatan Kuala Lumpur.
KETIBAAN vaksin dari Klinik Kesihatan Kuala Lumpur.

STESEN pengesahan penerimaan vaksin.
STESEN pengesahan penerimaan vaksin.

Menurut Noreen lagi, KKM sudah memberi garis panduan yang lengkap bagi memastikan Pusat Vaksinasi KPJ TWKL bersedia walaupun dalam tempoh yang singkat.

Kata Noreen, untuk memastikan tiada pembaziran stok vaksin dalam operasi harian, senarai pengganti disediakan dan dipanggil dengan segera sekiranya ada petugas yang tidak dapat hadir atau terlepas temujanji mereka.

Inisiatif itu adalah sebahagian daripada garis panduan KKM.

Katanya, lapan jururawat bertugas sebagai pemberi suntikan dan mereka turut dilatih KKM dan menerima suntikan lebih awal bagi mejayakan program vaksinasi itu.

"Selain itu, sebuah dewan juga didedikasikan sebagai pusat vaksinasi yang menyediakan lima stesen iaitu pengambilan suhu badan hingga ruang pemantauan yang selesa dan sistematik bagi penerima vaksin.

"Kami bertuah kerana dapat berkhidmat kepada rakan sejawat swasta yang lain.

"Jika diperlukan lagi bagi fasa kedua dan ketiga, kami sentiasa bersedia untuk membantu kerajaan," katanya.

RUANG pemantauan selepas menerima suntikan vaksin yang selesa disediakan.
RUANG pemantauan selepas menerima suntikan vaksin yang selesa disediakan.

  • Lagi berita berkaitan Perintah Kawalan Pergerakan
  • Lagi berita berkaitan Covid-19
  • Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 17 Mac 2021 @ 6:20 AM