BARANGAN keperluan yang dapat meringankan beban pihak memerlukan.
BARANGAN keperluan yang dapat meringankan beban pihak memerlukan.
Hafiz Ithnin

MYFUNDACTION adalah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang menyampaikan sumbangan kepada 5,000 pesakit Covid-19 dan 1,600 petugas barisan hadapan di Pusat

Kuarantin & Rawatan Covid-19 Bersepadu (PKRC) 2.0, Taman Ekspo Pertanian Malaysia (Maeps) berjumlah RM660,210 bagi program Covid-19 Emergency Relief 3.0.

Ia adalah hasil kerjasama Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), Agensi Pengurusan Bencana Negara (Nadma), Jabatan Kesihatan Negeri Selangor (JKN), Pusat Perhubungan Alumni Universiti Putra Malaysia (UPM) dan PKRC 2.0.

Ketua Pegawai Eksekutif MyFundAction, Muhammad Afiq Mohmad Nazari berkata, sumbangan barang keperluan dan makanan berjumlah RM660,210 bertujuan membantu meringankan beban kerajaan ketika negara dilanda krisis Covid-19.

"Inisiatif ini juga diambil bagi membantu petugas barisan hadapan menguruskan pesakit Covid-19 yang ditempatkan di PKRC 2.0," katanya.

KERJASAMA MyFundAction bersama pelbagai pihak dapat membantu golongan yang memerlukan akibat Covid-19.
KERJASAMA MyFundAction bersama pelbagai pihak dapat membantu golongan yang memerlukan akibat Covid-19.

Sumbangan berupa peralatan perlindungan peribadi (PPE), peralatan kebersihan diri, tablet dan komputer riba serta pek makanan disampaikan Muhammad Afiq kepada Pengarah PKRC 2.0, Dr Shahabuddin Ibrahim.

Turut hadir dalam majlis penyerahan sumbangan itu, Pengarah JKN Selangor, Datuk Indera Dr Sha'ari

Ngadiman, Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni) UPM, Profesor Dr Arifin Abdu dan Ketua Pegawai Operasi MyFundAction, Siti Aisyah Shahid.

PERANTI pintar dan barangan penjagaan diri antara disumbangkan.
PERANTI pintar dan barangan penjagaan diri antara disumbangkan.

Barang sumbangan berkenaan disalurkan kepada KKM dan Nadma untuk diagihkan kepada pesakit Covid-19 dan petugas barisan hadapan di PKRC 2.0 Maeps.

MyFundAction sentiasa mengalu-alukan sumbangan pelbagai pihak baik individu, syarikat korporat, NGO atau agensi kerajaan untuk membantu golongan yang memerlukan.

  • Lagi berita berkaitan Perintah Kawalan Pergerakan
  • Lagi berita berkaitan Covid-19
  • Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 10 Mac 2021 @ 6:12 AM