PROGRAM CSR itu turut mendapat sambutan di Sunway Velocity.
PROGRAM CSR itu turut mendapat sambutan di Sunway Velocity.
Fairul Asmaini Mohd Pilus

DALAM kemeriahan dan keriangan sebilangan masyarakat menyambut Tahun Baharu Cina, ada insan kurang bernasib baik akibat bencana banjir yang berlaku di beberapa negeri terutama pantai timur.

Mangsa banjir kehilangan harta benda dan terpaksa mencari tempat berlindung di pusat pemindahan sehingga dibenarkan pulang ke rumah masing-masing.

Justeru, atas semangat ihsan dan #KitaSupportKita, kumpulan pusat beli-belah Sunway tampil dengan inisiatif bantuan banjir bagi mendorong orang ramai menyalurkan sumbangan untuk membantu keluarga yang terjejas.

Inisiatif yang diadakan sejak Januari lalu itu turut mendapat kerjasama Persatuan Bulan Sabit Merah Malaysia bagi mengumpul sumbangan barangan keperluan untuk meringankan beban 21,000 mangsa yang ditempatkan di pusat pemindahan banjir di seluruh negara.

Kerjasama itu turut membantu keluarga yang kurang bernasib baik menerusi The Lost Food Project.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Sunway Malls dan Theme Parks, HC Chan, setiap tahun menyediakan permulaan baharu dan di kumpulan pusat beli-belah Sunway, tahun baharu kali ini juga membawakan azam untuk mengatasi segala batasan.

SUMBANGAN orang ramai di pusat beli-belah Sunway Putra.
SUMBANGAN orang ramai di pusat beli-belah Sunway Putra.

"Kami ingin meneruskan usaha menyalurkan bantuan kepada golongan berkenaan. Berbekalkan sumbangan rakyat Malaysia, kami yakin inisiatif ini mampu mencetus perubahan positif dan memperbaiki kehidupan insan lain dalam waktu yang mencabar," katanya.

Sementara itu, orang ramai boleh menghulurkan sumbangan dan antara barangan yang diperlukan adalah lampin dewasa, lampin bayi, pad sanitari, biskut, air mineral, teh uncang, mi cawan segera, kain batik, tuala mandi, seluar dalam (pakai buang), tisu basah dan minuman.

Sumbangan itu boleh disalurkan kepada peti sumbangan khas yang ditempatkan di sekitar pusat beli-belah terpilih iaitu Sunway Pyramid, Putra Mall, Velocity Mall, Carnival Mall, Big Box Mall serta Giza Mall.

INISIATIF #KitaSupportKita bagi membantu 21,000 mangsa banjir di seluruh negara.
INISIATIF #KitaSupportKita bagi membantu 21,000 mangsa banjir di seluruh negara.

MAKANAN dan minuman yang mudah untuk dinikmati juga diperlukan.
MAKANAN dan minuman yang mudah untuk dinikmati juga diperlukan.

Bagi yang tidak dapat mengunjungi pusat beli-belah berkenaan ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), sumbangan boleh dilakukan menerusi aplikasi Sunway Pals.

Tiga pakej sumbangan yang berbeza dari segi nilai boleh dipilih dan ia mengandungi barangan seperti lampin, tisu basah, gel mandian dan sebagainya.

Untuk maklumat lanjut mengenai inisiatif Flood Relief serta projek tangungjawab sosial korporat (CSR) lain, kunjungi platform sosial pusat beli-belah berkenaan.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 17 Februari 2021 @ 6:30 AM