MBSJ menghargai komitmen petugas barisan hadapan mereka.
MBSJ menghargai komitmen petugas barisan hadapan mereka.
Fairul Asmaini Mohd Pilus

MAJLIS Bandaraya Subang Jaya (MBSJ) mengadakan program pemeriksaan kesihatan dan ujian saringan Covid-19 secara percuma kepada kakitangan yang juga petugas barisan hadapan bagi menghargai komitmen mereka dalam menjalankan tugas.

Timbalan Pengarah, Jabatan Korporat dan Pengurusan Strategik, Azfarizal Abdul Rashid berkata, kakitangan terbabit sememangnya komited dalam menjalankan amanah selain berisiko tinggi dijangkiti wabak Covid-19 sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

"Program fasa kedua itu membabitkan 98 petugas barisan hadapan yang terdiri daripada anggota penguatkuasaan dan Pasukan Tindakan Segera (PANTAS).

"Inisiatif ini diadakan dengan kerjasama I-Medik,Yayasan Ikhlas dan Pertubuhan Bangun Bersama secara percuma kepada petugas barisan hadapan MBSJ yang terdedah kepada wabak berkenaan," katanya.

COMBAT FLEX inovasi ruang penghadang mudah alih yang ringan dan selamat tanpa interaksi terus.
COMBAT FLEX inovasi ruang penghadang mudah alih yang ringan dan selamat tanpa interaksi terus.

Azfarizal berkata, fasa pertama program itu diadakan pada 12 hingga 15 Mei tahun lalu.

Katanya, pemeriksaan dijalankan petugas kesihatan melalui COMBAT FLEX iaitu inovasi ruang penghadang mudah alih yang ringan dan selamat tanpa interaksi terus.

Kaedah itu digunakan bagi memastikan keselamatan pekerja penjagaan kesihatan (HCW) dan proses mengambil sampel (swabbing) tidak terganggu.

"Inovasi ini hanya mengambil tempoh masa 10 minit dan petugas kesihatan tidak perlu menggunakan peralatan pelindung diri (PPE) bagi mendapatkan sampel pesakit.

"Ia boleh digunakan secara langsung di mana sahaja," katanya.

KAKITANGAN MBSJ yang bertugas di barisan hadapan menjalani pemeriksaan dan ujian saringan Covid-19 secara percuma.
KAKITANGAN MBSJ yang bertugas di barisan hadapan menjalani pemeriksaan dan ujian saringan Covid-19 secara percuma.

PROSES mengambil sampel ujian saringan Covid-19 menggunakan COMBAT FLEX.
PROSES mengambil sampel ujian saringan Covid-19 menggunakan COMBAT FLEX.

  • Lagi berita berkaitan Perintah Kawalan Pergerakan
  • Lagi berita berkaitan Covid-19
  • Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 17 Februari 2021 @ 6:20 AM