PELITUP muka dan cecair pembasmi kuman turut disediakan. FOTO: Ihsan Castrol Malaysia
PELITUP muka dan cecair pembasmi kuman turut disediakan. FOTO: Ihsan Castrol Malaysia
Muhamaad Razis Ismail

SEBAGAI salah satu jenama utama minyak pelincir di dunia, Castrol bersedia untuk berdepan dengan cabaran akibat penularan pandemik Covid-19.

Menyedari kesukaran yang dihadapi berikutan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), Castrol Malaysia melancarkan kempen Castrol KitaCare.

Pengarah Pemasaran Castrol Malaysia dan Singapura, Keow Mei-Shan berkata, ia antara inisiatif Castrol Malaysia untuk menunjukkan kepada pelanggan, mekanik dan penggunanya bahawa pihaknya sentiasa menyokong mereka 100 peratus dan turut sama mengambil berat keselamatan mereka.

Beliau berkata, Castrol Malaysia menyediakan penyelesaian menerusi rangkaian bengkelnya yang selamat sebagai inspirasi kepada rakyat negara ini untuk kekal yakin sepanjang tempoh yang sukar ini.

"Ketika berdepan penularan pandemik Covid-19 ini, penting untuk kita mengotakan apa yang dikata.

"Sebab itulah kami melakukan lebih daripada yang sepatutnya. Kami sangat teruja untuk mengumumkan kempen Castrol KitaCare dan berharap dapat mengingatkan pelanggan, mekanik serta pengguna bahawa kami sentiasa bersama mereka, sedia untuk menyokong dan membantu mengatasi krisis ini," katanya.

PUSAT servis Castrol mengamalkan SOP pencegahan yang ketat. FOTO: Ihsan Castrol Malaysia
PUSAT servis Castrol mengamalkan SOP pencegahan yang ketat. FOTO: Ihsan Castrol Malaysia

Menurutnya, komuniti Castrol Malaysia boleh menonton video pesanan khidmat masyarakat dan pelbagai kandungan digital yang menarik, seperti nasihat pencegahan Covid-19 melalui platform digital dan hebahan menerusi khidmat pesanan ringkas (SMS) yang akan memberi panduan kepada mereka dalam mengharungi tempoh yang sukar ini.

"Castrol Malaysia akan mengamalkan prosedur operasi standard (SOP) pencegahan yang ketat dan mengambil langkah untuk memastikan semua pelanggan serta mekanik sihat dengan menyediakan cecair pembasmi kuman dan pelitup muka di semua bengkel Castrol Auto Service dan Castrol Bike Point di seluruh negara, sebagai sebahagian daripada inisiatif rangkaian selamat.

"Perkara paling baik yang boleh kita lakukan untuk negara ialah kekal selamat. Seperti mana anda yakin kepada kami untuk menjaga kereta anda, kami juga yakin anda dapat membantu Malaysia menghapuskan jangkitan Covid-19," katanya.

KEMPEN Castrol KitaCare pastikan persekitaran selamat untuk pelanggan, pengguna dan pekerja. FOTO: Ihsan Castrol Malaysia
KEMPEN Castrol KitaCare pastikan persekitaran selamat untuk pelanggan, pengguna dan pekerja. FOTO: Ihsan Castrol Malaysia

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 12 Ogos 2020 @ 6:20 AM