Ketua Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti Pahang Datuk Jamaluddin Kudin (empat dari kiri) menyerahkan dadah jenis syabu bernilai RM157 juta kepada Kualiti Alam Sdn Bhd yang diterima oleh Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Cenviro, Khalid Bhasoon (dua dari kanan) untuk dilupuskan. - Foto HAZREEN MOHAMAD

Oleh Mohd Helmi Irwadi Mohd Nor

Port Dickson: Polis Pahang melupuskan kira-kira 784 kilogram (kg) dadah jenis Methapetamine (syabu) bernilai RM157.5 juta di tapak pembakaran Kualiti Alam Sdn Bhd, Bukit Pelandok, di sini, hari ini.

Ketua Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti (JPJKK) Pahang Datuk Jamaludin Kudin berkata, dadah yang dilupuskan itu membabitkan rampasan sejak 2009 dan barang kes sudah selesai perbicaraan yang diarah mahkamah dimusnahkan.

"Hari ini, kita (polis) dengan kerjasama pengurusan Kualiti Alam membakar kira-kira 784 kg dadah bernilai RM157.5 juta.

"Ia pelupusan tertinggi pernah dilakukan mengikut piawaian kerja (SOP) ditetapkan," katanya.

Hadir sama Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Negeri Sembilan Superintendan Ayub Salim, Timbalan Ketua JSJN Pahang Deputi Superintendan Norasid Mamat dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Cenviro Khalid Bahsoon.

Jamaludin berkata, aktiviti pelupusan itu penting bagi mengelak stor penyimpan tidak tersusun hingga menyukarkan pergerakan keluar dan masuk barang kes baru.

Gambar Hazreen Mohamad

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 10 Disember 2015 @ 5:20 PM