Fury ceria meraikan kejayaan menewaskan pencabarnya Klitschko. - Foto Reuters/AFP
Fury ceria meraikan kejayaan menewaskan pencabarnya Klitschko. - Foto Reuters/AFP

London: Seperti legenda tinju Muhammad Ali dan Lennox Lewis, Tyson Fury yakin dirinya tidak akan dihargai selagi masih bertarung dalam sukan terbabit.

Peninju Britain itu bergelar juara baru heavyweight dunia selepas menewaskan pencabar dari Ukraine, Wladimir Klitschko di Dusseldorf semalam.

“Saya tidak mahu terbawa bawa dengan kejayaan ini dan kekal fokus,” kata peninju memiliki ketinggian 206sm (6 kaki 9 inci) itu.- Daily Mail

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 30 November 2015 @ 2:31 PM