Aksi Aguero sewaktu perlawanan Liga Perdana menentang Liverpool. Foto AFP
Aksi Aguero sewaktu perlawanan Liga Perdana menentang Liverpool. Foto AFP

Manchester City kini sudah menimba cukup pengalaman untuk berdepan kelab elit Eropah dan muncul pencabar serius Liga Juara Juara, kata penyerang Sergio Aguero.

City akan bertemu Juventus di Turin pada awal pagi Khamis.

Kelab Inggeris itu menghuni tangga teratas Kumpulan D, mengumpul sembilan mata dan layak ke peringkat kalah mati ketika saingan berbaki dua perlawanan.

Sejak kelab diambil alih pemilik kaya raya Arab, Sheikh Mansour Zayed Al Nahyan pada 2008 kelab digelar The Citizens itu beraksi lima kali dalam Liga Juara Juara dan tersingkir dua kali di saingan 16 terakhir kepada Barcelona.

"Kali pertama sukar, gugup dan jangkaan tinggi tetapi kebanyakan pemain sekarang berpengalaman," kata Aguero dipetik oleh media Britain. - Reuters

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 24 November 2015 @ 4:16 PM