Oleh Rudy Imran Shamsudin


Sejak kecil, dia bertekad mahu menjadi pengacara dan bekerja di hadapan kamera. Malah impian itu sudah ditetapkan dalam kotak fikiran wanita bertubuh lampai dan berwajah manis ini sejak usianya 12 tahun.

Menariknya apa yang diimpikan Dahlia Shazwan Mohd Amin, 27, menjadi kenyataan dan dia benar-benar bersyukur dengan aturan yang ditetapkan Maha Esa untuknya.

Dahlia kini pengacara yang menjadi ‘anchor’ untuk program infotainment Hlive di Astro Ria dan pernah mengendalikan program masakan Citarasa SunQuick di TV3.

Katanya, sejak di zaman sekolah lagi dia sudah merencana impian beraksi di hadapan kamera agar menjadi kenyataan.

“Apabila saya berkongsikan kisah hidup saya mengejar cita-cita menjadi pengacara, orang susah hendak percaya. Namun itulah hakikatnya. Saya mahu bekerja di hadapan kamera sejak usia 12 tahun.

“Orang lain ada pilihan sekiranya cita-cita utama mereka tidak tercapai tetapi tidak saya. Memang saya sudah kata dalam diri, kalau saya tidak dapat menjadi pengacara, saya tidak dapat membayangkan diri melakukan kerja lain,” katanya ketika ditemui di sesi fotografi bersama Selebriti.

Dapatkan akhbar Metro Ahad untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 22 November 2015 @ 5:45 AM