Bangunan empat tingkat dalam pembinaan runtuh di Jalan Gereja, pekan Sekinchan.
Bangunan empat tingkat dalam pembinaan runtuh di Jalan Gereja, pekan Sekinchan.
Oleh Mohd Shukor Amin


Sabak Bernam: “Mujur bangunan itu runtuh ke sebelah kanan, jika runtuh ke depan, mungkin rumah kedai yang kami huni musnah dihempap,” kata Megan Wang, 30, saksi sebuah bangunan empat tingkat yang dalam pembinaan di pekan Sekinchan, runtuh jam 6.30 petang kelmarin.

Menurut Megan, dalam kejadian itu, dia bersama ibu bapa mentua berada di tingkat dua rumah kedai dan mereka menyaksikan bangunan terbabit runtuh.

“Saya saksikan bangunan itu runtuh melalui tingkap rumah kedai dan bunyinya sangat kuat,” katanya, semalam.

Megan yang juga pemborong beras berkata, sebelum kejadian, semua pekerja binaan terbabit tergesa-gesa keluar dari bangunan berkenaan.

“Dua jam sebelum runtuh, bangunan mulai condong dan pekerja binaan berkumpul di jalan raya sambil mengawal kenderaan yang lalu lalang,” katanya.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 5 November 2015 @ 6:53 AM