SATU daripada kenderaan yang terbakar dalam kemalangan dua kenderaan. FOTO ihsan Bomba
SATU daripada kenderaan yang terbakar dalam kemalangan dua kenderaan. FOTO ihsan Bomba
Oleh Izlaily Nurul Ain Hussein


Johor Bahru: Seorang rentung manakala dua lagi cedera dalam kemalangan dua kenderaan yang turut terbakar di Jalan Ulu Choh, Pontian dekat sini, pagi tadi.

Dalam kejadian kira-kira 3 pagi tadi, dua kenderaan terbabit, Proton Exora dan Toyota Vios, terbakar akibat kemalangan yang berlaku.

Jurucakap Pasukan Bomba dan Penyelamat Johor berkata, mangsa rentung ditemui dalam Toyota Vios manakala dua lagi didapati cedera di dalam Proton Exora.

"Jentera Balai Bomba dan Penyelamat Pekan Nenas bergegas ke lokasi selepas menerima panggilan kecemasan jam 3.09 pagi sebelum tiba kira-kira 10 minit kemudian.

"Proton Exora terbakar kira-kira 70 peratus manakala Toyota Vios musnah keseluruhannya," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 28 Oktober 2015 @ 10:07 AM