GAMBAR yang dipetik dari rakaman video  menunjukkan wanita itu enggan turun dari rak basikal bas berkenaan.
GAMBAR yang dipetik dari rakaman video menunjukkan wanita itu enggan turun dari rak basikal bas berkenaan.

Chicago: Seorang wanita mengakibatkan kesesakan lalu lintas teruk selepas mengikat dirinya pada rak basikal di depan sebuah bas dan mendakwa dirinya basikal.

Video yang tersebar di Internet menunjukkan pertengkaran antara pemandu bas dan wanita itu yang berpakaian serba merah jambu serta duduk di atas rak berkenaan tanpa basikal.

Malah, lebih pelik lagi dia mendakwa dia basikal. Pemandu bas terbabit terpaksa menghentikan bas dan keluar untuk memujuknya turun, tetapi tidak berjaya. Pemandu kenderaan lain turut keluar dalam usaha memujuknya manakala ada juga yang membunyikan hon.

Wanita itu bagaimanapun tidak mempedulikan mereka sebaliknya berulang kali berkata: “Saya basikal.”

Pemandu wanita yang merakamkan kejadian itu bagaimanapun menganggapnya lawak dan menyuruh wanita itu tidak bergerak.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 27 Oktober 2015 @ 7:01 AM