SEORANG daripada suspek yang ditahan bagi membantu siasatan.
SEORANG daripada suspek yang ditahan bagi membantu siasatan.
LOKASI kejadian di mana mayat ditemui.
LOKASI kejadian di mana mayat ditemui.
Oleh Mohamad Azim Fitri Abd Aziz


Kuala Lumpur: Seorang wanita dipercayai warga Indonesia ditemui mati di dalam lubang kumbahan di sebuah rumah banglo di Jalan Setia Murni 11, Bukit Damansara di sini, dipercayai dibunuh tiga bulan lalu.

Menurut sumber polis, mayat ditemui kira-kira jam 6.30 petang ini dalam keadaan reput dan tidak sempurna anggota badan.

Sumber polis berkata mayat ditemui orang awam yang terhidu bau busuk sebelum bertindak memaklumkan kepada pihak berkuasa.

"Beberapa individu turut ditahan sebaik mayat wanita itu dijumpai bagi membantu siasatan.

“Banglo ini masih belum siap sepenuhnya, dan polis masih menyiasat sama ada mayat wanita ini sengaja di buang di kawasan ini atau sebaliknya," kata sumber.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Brickfields Asisten Komisioner Muhammad Azlee Abdullah ketika dihubungi mengesahkan mengenai penemuan mayat itu dan berkata, siasatan lanjut masih diteruskan.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 13 November 2014 @ 10:47 PM