HALANGAN demi halangan perlu dilepasi peserta.
HALANGAN demi halangan perlu dilepasi peserta.
HALANGAN demi halangan perlu dilepasi peserta.
HALANGAN demi halangan perlu dilepasi peserta.
HALANGAN demi halangan perlu dilepasi peserta.
HALANGAN demi halangan perlu dilepasi peserta.
KEPUASAN jelas pada wajah peserta yang berjaya menghabiskan larian.
KEPUASAN jelas pada wajah peserta yang berjaya menghabiskan larian.

Anak muda hari ini lebih giat membabitkan diri dengan aktiviti menyihatkan dan BASYAR MUSTAPHA berpeluang merasai sendiri pengalaman perlumbaan larian berhalangan bertaraf dunia pada hari pertama ia diadakan.

Keheningan pagi disusuli sinaran matahari menyambut ribuan peserta perlumbaan lari berhalangan Reebok Spartan Race Malaysia di Setia Alam, Shah Alam yang diadakan baru-baru ini.

Kawasan tanah lapang dan berbukit yang menjadi tapak perlumbaan itu bergema dengan semangat dan keterujaan peserta daripada pelbagai latar belakang yang berkumpul bagi melepasi larian yang pertama kali diadakan di Asia Tenggara itu.

Kumpulan pertama iaitu kategori Elit dilepaskan dan bermula ekspedisi larian Sprint yang mencabar peserta berlari sejauh 6.5 kilometer (km) dengan lebih 20 halangan perlu ditawan.

Pelari dilepaskan secara berperingkat menjadikan jumlah peserta seramai lebih 10,000 orang.

Berkonsepkan latihan kecergasan ketenteraan dan gaya hidup tentera Sparta, Greek pada zaman kegemilangannya yang terkenal dengan kecergasan serta semangat juang mereka dalam bertanding, larian berhalangan ini memerlukan pesertanya bersedia secara fizikal dan mental.

Sebaik dilepaskan, cip di pergelangan tangan mula merekod masa larian. Antara halangan awal adalah dinding kayu yang perlu dipanjat dan barisan dinding kayu yang perlu dilepasi di hadapan adalah semakin tinggi.

Setiap halangan disediakan bukanlah sebuah halangan semata-mata kerana ia mempunyai fungsi menguatkan fizikal peserta dan memberi cabaran ketahanan mental buat mereka.

Selain halangan yang dicipta, pelari juga perlu melepasi denai dan laluan di dalam hutan yang mencabar namun menyegarkan.

Antara halangan yang menonjol di dalam acara diadakan selama dua hari itu adalah menarik beban berat menggunakan tali, merangkak ala komando di bawah dawai besi, memanjat tali dan memikul bebanan seperti sebaldi batu kecil dan guni berat.

Peserta yang gagal melakukan sesuatu halangan akan didenda melakukan senaman ‘burpee’ mengikut ketetapan diberi sebelum boleh menyambung semula larian.

Peserta Abdul Wafiy Abdul Halim, 23, dari Damansara, Selangor meminati aktiviti kecergasan serta menganggap acara larian itu sangat baik bagi membina kecergasan mental dan fizikal.

“Saya akui halangan disediakan memang sukar, namun ia tidak mustahil dilakukan oleh semua orang.

“Bagi saya apa yang penting adalah kita membuat persediaan walaupun sedikit kemudian dalam larian cuba melakukan halangan dan tidak mudah berputus asa,” katanya yang melepasi halangan bersama rakan kumpulannya dalam masa kurang daripada dua jam.

Peserta yang berjaya menghabiskan larian mendapat medal, kemeja T berjenama Reebok dan beberapa hadiah sampingan lain tajaan penaja.

Pelajar Colleen R. Augustin, 17, pertama kali menyertai Spartan Race dan berjaya memenangi kategori Perempuan - Elit dan membawa pulang hadiah wang tunai RM1,000 serta beberapa hadiah sampingan daripada penaja.

“Saya terkejut menjadi peserta perempuan pertama yang berjaya menghabiskan larian dan halangan .

“Sebelum ini saya memang aktif memasuki acara larian dan sememangnya larian ini mencabar dan antara yang terbaik pernah saya masuki,” katanya.

Pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif Spartan Race Joe De Sena menzahirkan rasa bangga dan kagum dengan rakyat di negara ini yang komited melibatkan diri dalam aktiviti sihat ini walaupun cuaca agak berjerebu.

“Saya rasakan ini satu kejayaan besar bukan saja kepada penganjur malah kepada setiap peserta yang mengambil bahagian.

“Malaysia ternyata merupakan satu lokasi terbaik di rantau ini untuk Spartan Race kerana rata-rata masyarakat mementingkan gaya hidup sihat dan aktif melibatkan diri dalam aktiviti kecergasan seperti larian ini,” katanya.

Sempena Hari Sukan Negara, Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin turut turun padang dan menyertai sendiri larian bersama peserta lain.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 19 Oktober 2015 @ 10:53 AM