FOTO ihsan abcnews
FOTO ihsan abcnews
Oleh Sarah Zulkifli


Petaling Jaya: Atlet lelaki bola baling, Adib Adha Ismail, 20, dilepaskan dan dibebaskan oleh Mahkamah Sesyen di sini, hari ini daripada tuduhan merogol pegawai pengiring pasukan itu di Sukan Malaysia (SUKMA) 2013.

Hakim Abu Bakar Manat membuat keputusan itu selepas pendakwaan gagal membuktikan kes prima facie terhadap tertuduh.

Tertuduh yang memakai kemeja-T berwarna biru kelihatan tenang sepanjang prosiding di dalam kandang tertuduh.

Mengikut pertuduhan, dia didakwa merogol mangsa yang berusia 20 tahun di bilik di Universiti Putra Malaysia (UPM), antara 4 pagi dan 4.10 pagi pada 4 Julai 2013.

Bagi pertuduhan itu, di didakwa mengikut Seksyen 376 (1) Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan sebatan, jika disabit kesalahan.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 15 Oktober 2015 @ 2:59 PM