SITI Hapizah menunjukkan produk keluaran syarikatnya.
SITI Hapizah menunjukkan produk keluaran syarikatnya.
Oleh Sri Ayu Kartika Amri

Kuala Lumpur: Garisan Multazam Sdn Bhd menyasarkan jualan 200,000 unit bagi dua produk keluarannya, Rara Berry Stick Drink dan Safiyyah Delima menjelang akhir tahun ini berbanding 100,000 unit yang direkodkan ketika ini.

Pengasasnya, Siti Hapizah Md Kail berkata, pihaknya yakin mencapai jumlah itu kerana menerima sambutan luar biasa daripada pelanggan di seluruh negara.

Katanya, produk di bawah jenama Iman Care itu dihasilkan berasaskan makanan sunnah habbatus sauda dan delima khusus untuk wanita.

“Sebelum ini, kami memberi tumpuan jualan produk menggunakan medium dalam talian dan bermula akhir tahun ini, kami merancang memfokus pemasaran secara luar talian termasuk mengadakan siri jelajah ke seluruh negara bermula Oktober ini.

“Mengenai perancangan pasaran ke luar negara, kami menjangka menembusi pasaran China dan Vietnam pada awal tahun depan. Ketika ini, ia masih di peringkat perbincangan,” katanya.

Menurutnya, syarikat membuka peluang kepada mereka yang berminat menjadi pengedar dengan modal serendah RM500 dan stokis RM1,500.

“Jualan bagi kedua-dua produk ini di luar jangkaan dan kami memerlukan rakan niaga sebagai stokis atau ejen untuk mengembangkan lagi perniagaan ini.

“Banyak kelebihan diberi , antaranya ganjaran lumayan seperti pakej umrah untuk stokis dan percutian di luar negara untuk rakan niaga yang aktif dan mencapai sasaran jualan,” katanya.

Beliau berkata, pihaknya memberi bimbingan dan latihan kepada rakan niaga untuk memperoleh pendapatan lumayan menerusi Rara Berry Stick Drink dan Safiyyah Delima.

Katanya, produk terbabit membantu kesegaran tenaga, menstabilkan hormon wanita dan menyuburkan rambut.

“Kami menerima banyak testimoni kesan positif dan untuk maklumat lanjut atau pertanyaan boleh melayari Facebook dan Instagram imanbeautyofficial,” katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 14 Oktober 2015 @ 6:54 AM