Lee Bo Young yang baru saja melahirkan anak perempuan pada Jun lalu, ditanya peminat mengenai masalah dirinya yang masih belum dilamar tunangnya ketika muncul dalam episod One Night of TV Entertainment, Rabu lalu.

Kata peminat itu, adakah perlu dia meneruskan persediaan untuk berkahwin. Lee Bo Young dengan ramah memberi tip kepada peminatnya itu apa yang perlu dilakukan.

“Jika kamu sudah ada tarikh, bukankah itu bermakna dia mahu mengahwini kamu? Kamu patut memberi bayangan dia perlu melamar kamu dengan betul.

“Jika dia belum melakukannya, kamu patut memberitahunya yang kamu mahu lamaran romantik sebelum perkahwinan,” katanya.

Lee Bo Young juga mendedahkan sebenarnya dia yang melamar suaminya, aktor Ji Sung dan memberi tarikh perkahwinan mereka. Pasangan ini berkahwin pada 2013 dan mempunyai anak perempuan berusia tiga bulan.

Katanya, dia ingin menjadi ibu yang dapat mendidik anaknya supaya bijak menyelesaikan masalah.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 11 Oktober 2015 @ 5:02 AM