LOKASI mangsa rebah dipercayai ditikam selepas pergaduhan dengan adiknya. FOTO Mohd Khidir Zakaria
LOKASI mangsa rebah dipercayai ditikam selepas pergaduhan dengan adiknya. FOTO Mohd Khidir Zakaria
Oleh Muhammad Faiz Baharin

Seremban: Keluarga mohon polis tidak menahan adik yang menikam abangnya sendiri dalam kejadian berebut alat kawalan jauh di rumah keluarga di Kampung Chuah, Port Dickson, semalam.

Abang sulung yang enggan dikenali berkata, adiknya berusia 23 tahun itu yang menikam abang sendiri hingga mati sebelum melarikan diri ke Johor Bharu dalam perjalanan untuk menghadiri majlis pengebumian mangsa di Sepang, Selangor.

Menurutnya, mereka sekeluarga sudah berbincang dengan polis yang menguruskan kes supaya membenarkan adik lelaki pulang berjumpa ibu bapa terlebih dulu dan memghadiri pengebumian sebelum dipujuk menyerah diri bagi membantu siasatan.

"Saya merayu dia tidak ditahan bagi memberi ruang kepada pihak keluarga untuk menyelesaikan urusan pengebumian mangsa selepas Zohor, hari ini.

"Adik yang melarikan diri ke Johor Bharu selepas kejadian itu sudah diminta pulang ke kampung bagi memberi peluang kepadanya bertemu ibu bapa serta menghadiri upacara pengebumian abangnya," katanya ketika ditemui di Hospital Tuanku Ja'afar (HTJ) di sini, hari ini.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 6 Oktober 2015 @ 1:26 PM