ERIN Malek kongsi berita kelahiran anaknya di akaun Instagramnya. FOTO Instagram/erinmalekofficial
ERIN Malek kongsi berita kelahiran anaknya di akaun Instagramnya. FOTO Instagram/erinmalekofficial
Oleh Georgie Joseph


Kuala Lumpur: Pelakon Erin Malek, 21, selamat melahirkan bayi lelaki di pusat perubatan di sini, 9.27 pagi semalam.

Bayi lelaki diberi nama Mohamed Faliq itu ialah hasil perkongsian hidupnya dengan suami Mohamed Farriz Fauzy, 30, yang dikahwini pada Oktober tahun lalu.

Erin atau nama sebenarnya Nur Arina Abdul Malek berkata, hari iti adalah hari paling bermakna buat dirinya dan suami.

Menurutnya, ketika awal kehamilan dia disahkan mengandung anak kembar, namun seorang daripadanya meninggal dunia dalam kandungan ketika kandungan berusia 16 minggu.

“Jantungnya terhenti akibat cecair berlebihan dalam perut menyebabkannya seluruh badannya membengkak,” katanya.

“Sepatutnya Mohamed Faliq ada saudara kembar. Walaupun ia sangat menyedihkan buat kami, tetapi saya tahu Allah SWT ada perancangan lebih baik. Kami ucapkan terima kasih buat semua ahli keluarga dan kawan-kawan yang mendoakan kami," kata pelakon siri Misiku Kuza itu.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 2 Oktober 2015 @ 6:36 PM