BUDAK perempuan yang cedera. FOTO ihsan pembaca
BUDAK perempuan yang cedera. FOTO ihsan pembaca
Oleh Mohd Husni Mohd Noor


Putrajaya: Seorang kanak-kanak perempuan berusia sembilan tahun cedera di bahagian mulut dan gigi selepas terjun dari balkoni rumahnya di tingkat dua, kuarters penjawat awam, Presint 18, di sini, kira-kira 1.30 petang tadi.

Difahamkan, kanak-kanak berkenaan dikatakan cuba keluar dari rumah menerusi balkoni selepas ditinggalkan ibunya berseorangan di rumah sejak pagi.

Ketua Polis Daerah Putrajaya, Asisten Komisioner Rosly Hassan berkata, pihaknya mengesahkan kejadian itu selepas menerima makluman daripada pihak Hospital Putrajaya.

Beliau berkata, tiada laporan polis diterima setakat ini dan kanak-kanak itu kini berada dalam keadaan stabil selepas dirawat di unit kecemasan hospital berkenaan.

"Kami difahamkan, mangsa ditinggalkan sendirian di rumah berkunci dan tanpa pengawasan orang dewasa," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 17 September 2015 @ 6:50 PM